Suka makan kurma? kurma adalah salah satu juadah yang paling popular menjelang ramadhan. Sebenarnya terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia. Berikut adalah 10 jenis kurma yang popular.
1. Kurma Nabi/ Ajwa
Kurma ini
hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma payorit
Nabi Muhammad SAW. Warnanya hitam, tekstur lembut, tidak manis dan
citarasanya hampir mirip seperti kismis
2. Kurma Sekki
Kurma Sekki
ini memepunyai dua warna. Bahagian atasnya berwarna kuning-kuningan dan
bahagian bawahnya berwana coklat-kecoklatan. Bahagian berwarna kuning
lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih empuk dan
kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.
3. Kurma Barhi
Kurma barhi
yang bertekstur lembut seperti durian ini berwarna coklat merah. Rasa
manisnya sedang-sedang sahaja dan ada sedikit rasa caramel.
4. Kurma Kholas
Kurma
kholas berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma barhi.
Teksturnye empuk dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya
juga di kadar yang sedang.
5. Kurma Khidri
Kurma Khidri berwarna merah maron gelap. Teksturnya lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.
6. Kurma Mactoumi
Kurma mactoumi berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak permukaan agak keriput dan kenyal tetapi rasanya manis.
7. Kurma Sokari
Kurma
sokari berwarna kuning kecoklatan. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga
jenis yang keras. Ia yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling
disukai di Arab Saudi.
8. Kurma Siraj
Kurma siraj berwarna kecoklatan kemerahan yang bentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa manis sedang.
9. Kurma Majol
Kurma majol
berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal dan mudah merekah. Ia
juga mudah didapatkan dengan harga yang tidak terlalu mahal.
10. Kurma Monief
Kurma monief berwarna coklat terang, ukurannya tidak begitu besar, rasanya manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.
Sumber
0 komentar:
Posting Komentar